1. Andai tidak ambil tahu dan memahami hal politik, isu semasa mahupun sejarah dunia, pening juga kepala ingin menghadam kata-kata semangat Dr. Azzam Tamimi sebentar tadi. Huraian isu Gaza secara ringkas selama lebih kurang 40 minit disusuli sesi soal jawab yang bertalu-talu disambut tepat oleh Dr Azzam selama satu jam. Sejarah sejak 1948, penubuhan negara haram Israel menyaksikan rakyat Palestin membayar seluruh kehidupan mereka terhadap jenayah Nazi yang tiada kena mengena dengan mereka sama sekali.
7. Isu Palestin akan berakhir. It is the matter of time. Jika isu apartheid boleh diselesaikan mencapai rundingan damai hidup harmoni bersama. Sama juga di Palestin. Tidak timbul isu menyimpan dan membalas dendam andai hal ini ditangani baik. Berikan hak sepenuhnya kepada rakyat Palestin. Itu sahaja. Mereka hanya mahu pulang. Mahu tinggal dirumah asal mereka. Mereka boleh sahaja berjiran dengan Israeli yang sudah wujud di sana. Kenapa takut sangat kepada rakyat Palestin? Takut mereka membuat seperti apa yang anda buat? Itulah jadi jahat sangat, akhirnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Orang lain tidak tergamak jadi sejahat anda. Rugi diri sendiri sahaja.
8. Israel menyuruh Palestin dan Hamas mengiktiraf mereka. Ya mereka memang wujud. Budak tadika juga tahu. Namun untuk mengiktiraf tidak sama sekali. Pengiktirafan memadamkan hak rakyat Palestin ke atas tanah asal mereka. Pengiktirafan membuatkan dunia mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sedangkan mereka wujud secara haram. Jangan mudah mengiktiraf berlembut dan berlakon kerana orang-orang ini tidak pernah puas hati.
“Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AL-RASYIDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut sepertimana yang Allah kehendaki. setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan yang MENGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (MONARKI), ia berlaku dan berakhir mengikut kadar masa yang ditentukan Allah s.w.t. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan KHALIFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian (berjalan mengikut MANHAJ KENABIAN). Era ini ialah era kegemilangan keseluruhan muka bumi”
(Riwayat Imam Ahmad, Al Bazar, dan At Thabrani dari Huzaifah - Rujuk Al’alam Al-Islami Wal Makaid ad-Daulah Khalal Qurna Ar-Rabi’ Isyril Hijri oleh Ust. Fathi Yakan)
- Nota 1: Kezaliman di bumi Palestin perlu diadili. Kezaliman di bumi Malaysia ada kita peduli?
- Nota 2: Pemimpin yang baik menjaga kebajikan rakyat walaupun ditekan. Di Malaysia banyak sahaja kerajaan negeri ditekan. Tetapi mereka tetap bertahan. Kenapa susah payah bertahan ini? Untung sangatkah menolak rasuah dengan tidak menjadi pengkhianat? Kerana mereka pencinta keadilan. Keadilan itulah Islam. Islam meyuruh kita menegakkan perkara yang hak bukan. Kita saksi kebenaran dan keadilan ini.
- Nota 3: Jika tidak paham isu Palestin dari konteks sejarahnya, politiknya, hanya semangat berkobar tanpa belajar ibrah syariatullah tidak ketinggalan sunnahtullah maka tidak hairanlah kenapa tidak faham isu di tanah air sendiri. Tutup mata dan hidup dalam penafian. Isu tanah air sendiri tidak mahu tahu. Isu dunia pula apatah lagi.
- Nota 4: Jika pemimpin-pemimpin Islam memerintah Malaysia. Seperti Hamas memerintah Gaza. Kemudian hari, Amerika akan mengebom Malaysia kerana pemimpin-pemimpin Islam ini. Buat apa. Buat rugi saja. Aduh! Terduduk sedih mendengar. Biar kita mati dibom syahid daripada mejadi boneka Amerika yang bukan penegak Islam apatah lagi penegak keadilan. Jangan bicara soal berjuang andai takut mati. Na`uzubillah.
- Nota 5: Lebih banyak rintangan, lebih hebat prestasi. Lebih kental ketahanan diri. Semua ini patut dijadikan pembakar semangat untuk terus usaha keras dalam pelajaran!
No comments:
Post a Comment