Monday, August 22, 2011

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis



1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Thursday, August 18, 2011

PKR dakwa ada bukti BN seludup pengundi

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing."

NONEZuraida (tengah, bertudung) mendakwa, beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan.

"Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.

"Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

NONEBeliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media hari ini.

Kumpul sepuluh saksi
Ketika ditanya, Zuraida mendakwa helaian berkenaan merupakan "bukti sahih" kerana "kita masuk ke sana dan ambil bahagian sebagai salam seorang daripada (pendatang asing)."

Jelasnya, beberapa orang "kawan-kawan kita" berjaya memasuki pusat pemutihan yang enggan dipastikan lokasinya itu dan berjaya mendapat salah satu daripada salinan dokumen itu keluar.

"Setakat ini kita ada sepuluh orang saksi. Kita sedang kumpul lebih banyak bukti sebelum kita bawa mereka ke hadapan untuk dedahkan (perbuatan tersebut)," katanya.

NONEZuraida hanya berkata, PKR sebelum ini membuat pendedahan mengenai kegiatan memberikan kerakyatan kepada pengundi, yang didakwa berlaku di Sepang, Hulu Selangor dan Shah Alam.

"Kita akan dedahkan banyak lagi bukti lebih konkrit," katanya lagi di sidang media yang turut dihadiri dua orang wakil rakyat PKR Selangor -- Elizabeth Wong dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Friday, November 5, 2010

Kita Semua kena Tipu

Mengapakah harga kereta Nasional Proton di Arab Saudi jauh lebih murah berbanding harganya di Malaysia? Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan? Kalau diikutkan logik akal, sepatutnya harga kereta Malaysia yang dijual di luar negara tentulah lebih mahal disebabkan tambahan kos untuk pengangkutan, pengurusan, cukai, dan sebagainya. Tapi apa yang berlaku, harga kereta nasional di negara ini lebih mahal berbanding di arab Saudi.
Di bawah ini merupakan senarai harga terkini untuk beberapa jenis Kereta Nasional, keluaran Proton yang dipetik dari Akhbar The Star Online.
Satu lagi email diterima dari salah seorang pembaca MiLo SuaM meminta untuk disiarkan iklan kereta nasional di akhbar Arab saudi sebagai bukti terhadap dakwaan ini.Sila klik gambar untuk membesarkan image.
Nuffnang Ads
Ini bermakna harga Kereta Nasional keluaran proton di Arab Saudi Cuma Gen 2 = RM 28, 284, Persona = RM 30, 324 dan Waja = RM 31, 878.
*tukaran semasa matawang Saudi Riyal, SR 1 = Ringgit Malaysia, RM 0.84
Apa perasaan anak seorang pesawah bila bapanya menjual beras lebih mahal kepada anak sendiri?
ReJaM© "Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana menipu rakyat!"

Monday, January 11, 2010

GEAR BOX

ISTERI SAYA YANG MENGUSAHAKAN WARUNG INI, DIALAH TOKEY, DIALAH TUKANG MASAK, SELAMAT MENCUBA KELAINAN DALAM SUP, SUP TRADISIONAL WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN
INILAH DIA GEAR BOX SUP, NAK TRY MAILA KAT SUNGAI TIRAM HADAPAN PASARAYA WAHSEAH, 11900 BAYAN LEPAS , PULAU PINANG MESTI PUAS HATI PUNYALAH DENGAN BAYARAN YANG BERPATUTAN SERTA RASA YANG MENYENGAT, PASTI BERBALOI-BALOI
INILAH SALAH SEORANG PENGGEMAR SUP YANG MEMBELASAH BERMANGKUK-MANGKUK SUP

Tuesday, August 11, 2009

YANG TERSEMBUNYI DALAM HARI

Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram semuanya adalah hari.

Hari apakah saudara dan saudari dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama saudara dan saudari menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.

Hari Ahad

Allah s.w.t menjadikan alam, bintang api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.

Hari Isnin

- Nabi Idris dinaikkan ke langit.

- Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa

- Bukit keesaan Allah s.w.t diturunkan

- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan

- Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

- Rasullullah wafat

Hari Selasa

- Nabi Yahya wafat dibunuh

- Nabi Zakaria wafat dibunuh

- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan

- Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh

- Lembu Kaum Bani Israel dibunuh

- Habil dibunuh oleh Qabil

Hari Rabu

- Qarun hancur binasa

- Firaun dan tenteranya ditenggelamkan

- Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk

- Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail

- Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah s.w.t dengan angina taufan

Hari Khamis

- Nabi Ibrahim memasuki Mesir

- Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda

- Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir

- Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf diMesir

- Nabi Musa memasuki Mesir

Hari Jumaat

- Nabi Adam berkahwin dengan Hawa

- Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha

- Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib

- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis

- Rasullullah s.aw berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah

- Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah

Hari Sabtu

- Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya

- Nabi Salleh ditipu umatnya

- Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya

- Nabi Musa ditindas Firaun

- Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi

“ Jadikan ilmu sebagai panduan beragama, pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama "

Wednesday, July 22, 2009

Israk & Mikraj

Peristiwa mengenai Israk & Mikraj – untuk renungan bersama

  1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

  1. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
    1. Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
    2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S.. menerima wahyu daripada Allah;
    3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan)
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka..
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat..
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  • Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

  • Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya..
  • Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W.. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 5. Selepas Mikraj Rasulullah S. A.. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Saturday, June 20, 2009

5 PERKARA DAN JAWAPANNYA

Aku Mencari Keberkatan

Keperluan Hidup,

Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA?

Aku Mencari Penerang

Untuk Alam Kubur,

Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM..,

Aku Mencari Jawapan

Untuk Menjawab Soalan Malaikat,

Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN?

Aku Mencari Alat

Untuk Berpegang Ketika

Menyeberang Titian Sirat,

Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH?

Aku Mencari

Naungan ?Arasy,

Aku Mendapatinya Dalam MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA?

Friday, June 5, 2009

Saturday, May 9, 2009

DI MANA RUH SEBELUM DITIUP KE DALAM JASAD

Menurut Imam Ibnu Hazm, Allah menjadikan ruh-ruh secara berkumpulan sebagaimana sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ، فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
“Ruh-ruh diciptakan dalam kumpulan-kumpulan tersendiri. Mana-mana yang saling bersamaan dari mereka, akan akan saling berkawanlah dan mana-mana yang berbeza, akan saling bertelagahlah”.
Kemudian Allah mengambil penyaksian dari ruh-ruh itu terhadap rububiyah/ketuhananNya sebagaimana yang diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)
Menurut Imam Ibnu Hazm, penyaksian tersebut di ambil sebelum lagi Malaikat di arah sujud kepada Adam dan sebelum ruh ditiupkan ke dalam jasad Adam di mana jasad Adam ketika itu masih berupa tanah dan air. Kemudian ruh-ruh itu ditempatkan di Barzakh iaitu tempat yang sama ia akan dikembali apabila berlakunya kematian. Ruh-ruh akan kekal di situ sehingga sempurna kesemuanya ditiupkan ke dalam jasad-jasad manusia. Dalam pengertian lain; dari tempatnya di Barzakh itu, satu persatu ruh dipindahkan ke dalam jasad-jasad manusia (iaitu ketika janin-janin berusia 4 bulan atau 120 hari di dalam rahim ibu) hinggalah sempurna ke semua ruh yang ada dipindahkan iaitu mengikut bilangan manusia yang ditakdirkan Allah akan hidup di atas muka dunia ini.
Kemudian apabila berlaku kematian, ruh-ruh itu akan dikembalikan semula ke Barzakh iaitu tempat asalnya sebelum ia ditiupkan ke dalam jasad. Ketika Rasulullah –sallalllahu ‘alaihi wasallam- di mikrajkan, tatkala bertemu Nabi Adam –‘alaihis-salam- di langit pertama (langit dunia), baginda melihat di kanan dan kiri Adam terdapat ruh-ruh manusia yang banyak; sebelah kanannya ialah ruh-ruh yang mendapat kebahagiaan dan di sebelah kirinya ialah ruh-ruh yang mendapat kesesengsaraan. Menurut Imam Ibnu Hazm, ruh-ruh yang dilihat Nabi itu ialah ruh-ruh manusia di alam Barzakh.
Kemudian apabila berlaku kiamat, ruh-ruh akan dikembalikan semula kepada jasad-jasad mereka buat kali kedua di mana sekelian makhluk akan di hisab/dihitung oleh Allah dan akhirnya sebahagian mereka akan ditempatkan di dalam syurga dan sebahagian lagi akan ditempatkan di dalam neraka”.
Kesimpulannya, menurut pandangan Imam Ibnu Hazm; ruh-ruh berasal dari alam Barzakh, kemudian di pindahkan ke dalam jasad manusia, kemudian di kembalikan semula ke alam Barzakh (apabila berlaku kematian) dan akhirnya akan bersama semua dengan jasad di hari akhirat.
Wallahualam
Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-. Lihat; Tafsir Mahasin at-Takwil, Syeikh Jamaluddin al-Qasimi, jil. 6, hlm. 522-524 (ayat 85, surah al-Israk). Lihat juga; ar-Ruh, Imam Ibnul-Qayyim, hlm. 130-132.

Friday, May 1, 2009

Peringatan Untuk Orang Islam

PERINGATAN IKHLAS ! BERSATULAH WAHAI UMAT MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM ! Sila baca sehingga habis dan fahamkan serta hayati artikel ini dari hati kehati untuk semua umat Islam yang bermustautin di dalam NEGARA ISLAM MALAYSIA> Semoga banyak munafaatnya. Ameen ! Salam Sejahtera, SEMOGA KISAH KEIKHLASAN Saiyidina Abu Bakar, Umar r.a dalam urusan pemerintahan negara dapat dijadikan pedoman dalam hal mentaati ulil amri (Pemerintah Kerajaan Malaysia) dari dahulu hingga sekarang. Ada juga disertakan fatwa Dr.Yusuf Qardawi, perihal politik yang ditolak. Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata: " Wahai sekelian ummat ! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku. Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu".

Saturday, April 11, 2009

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”.

Pemimpin Dan Solat

Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.

Pemimpin Dan Zakat

Hubungan yang baik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada di masjid untuk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boleh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenangan duniawi. Jika boleh kemiskinan dibasmi sepenuhnya dan semua rakyat hidup dalam keadaan senang lenang.

Antara contoh yang terbaik ialah pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang bertakwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat ketika itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini Yahya bin Said meriwayatkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya”.

Ibadah zakat yang disebutkan dalam surah al-Hajj ayat 41 menekankan tentang aspek ini. Kebajikan rakyat dalam aspek duniawi tidak boleh dipandang ringan.

Pemimpin Dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, “Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama”.

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar. “Makruf” bermaksud “sesuatu yang baik mengikut pandangan syarak dan akal,” dan “mungkar” pula bermaksud “sesuatu yang berlawanan dengan makruf sebagai contoh, meninggalkan perkara yang difardukan serta kewajipan, ataupun melakukan perbuatan yang haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun besar”. Tafsiran ini disebutkan oleh Muhammad ibn Illan Al-Makki dalam Dalilul Falihin (Maktabah Al-Halabi, Mesir; jilid 2)

Aspek ini amat dipentingkan oleh Islam sehinggakan, mengikut riwayat Muslim, Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Justeru seseorang yang tidak menyeru kepada makruf dan pada ketika yang sama membiarkan serta menggalakkan perbuatan mungkar (dan yang lebih teruk lagi ialah dia sendiri terlibat melakukan kemungkaran itu), maka dia tidak layak menjadi pemimpin umat. Qadhi Iyad memfatwakan, “Apabila berlaku ke atas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran, perbuatan mengubah syariat ataupun amalan bidaah, wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah digantikan dengan seorang yang adil”. Fatwa ini dilaporkan dalam Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Rata-ratanya kita sudah mengetahui bahawa ilmu yang diperlukan bukanlah semata-mata ilmu tentang tajwid, rukun solat, mandi wajib, wuduk, tayamum dan yang seumpamanya. Ia lebih dari itu.

Di samping itu beliau juga merupakan peribadi yang bersedia untuk terus belajar dan mendengar serta menghormati pandangan golongan ilmuwan terutamanya dalam bidang agama.

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

Saturday, March 14, 2009

Solat Bukan Untuk Allah.

Solat atau sembahyang itu untuk siapa sebenarnya? Adakah dgn menunaikan solat Allah akan menjadi lebih berkuasa dan lebih agung? Adakah sama seperti parti politik yg mendapat kuasa bilamana rakyat mengundi mereka semasa pilihanraya? Manusia sebenarnya tidak sedar yg meninggalkan solat ataupun bersolat tanpa kualiti (tidak fokus atau khusyuk) sebenarnya membuat manusia menuju kemusnahan?
Manusia lebih percaya kepada sesuatu yg nyata, yg realiti, seperti manusia yg mengikut kata2 penceramah politik dan percaya dgn janji2 yg dikotakan ataupun mendapat "imbuhan" dari mana2 pihak sebelum mengundi, baru mereka akan membuat pilihan untuk mengundi mereka atau tidak. Manusia juga menyamakan mengundi dgn solat.
Bila kita melihat cara manusia berdepan dgn Allah, walaupun telah Allah janjikan byk nikmat2 bg mereka yg patuh pada perintahnya tetapi disebabkan tidak percaya (iman) sepenuhnya yg Allah itu maha berkuasa, manusia makin lama makin menjauhi Allah samada bila yg dipohon tidak dapat ataupun tanpa solat pun sudah mendapat nikmat dunia. Ada yg dulunya rajin sembahyang semakin malas, kalau sembahyang pun tidak ikhlas, untuk mengampu, untuk menunjuk2, hanya seminggu sekali sahaja malah ada yg sudah rasa tidak perlu lagi sembahyang.
Bila jawatan sudah ada, jaminan kerja dan gaji bulanan sudah tetap, bila kuasa sudah ada ditangan, bila diri ramai penyokong, buat apa aku perlu sembahyang lagi? Rata2 menjadikan alasan kehidupan moden amat sibuk menyebabkan tiada masa atau peluang untuk bersolat. Sebenarnya semakin manusia menjauhi sembahyang semakin manusia bersifat negatif menuju kehancuran, memang secara kasar bukan diri sendiri yg hancur tetapi umat manusia secara keseluruhan.
Solat sebenarnya merawat prefontal cortex atau nama lainnya frontal lobe, bahagian depan yg otak yg sebenarnya bahagian yg berfikir. Menguasai 30 hingga 40% dari keseluruhan otak, frontal lobe adalah bahagian yg menjalankan fungsi eksekutif, CEO bagi minda, yg menganalisa, memilih, memikir semua kebarangkalian, kemungkinan dan juga akibat dr tindakan2 tertentu lebih menyeluruh bukan setakat kepentingan diri sendiri tetapi kepentingan seluruh masyarakat, lebih bersimpati. Frontal lobe juga menbolehkan kita fokus dalam melakukan sesuatu, baik belajar ataupun untuk mengejar cita2 tertentu. Frontal lobe yg lemah memberi byk kesan buruk pada manusia, lebih bersikap kehaiwanan dan mementingkan diri sendiri. Bukankah ini yg terjadi dizaman yg serba moden dan materialistik ini?
Bagaimana solat merawat otak? Fokus atau khusyuk.. itu jawapannya. Jika kita bertekad untuk cuba fokus pada bacaan, pada makna bacaan tersebut, saat itu sebenarnya kita melatih frontal lobe, seperti masuk gymnasium mengangkat berat untuk melatih otot2 tertentu. Sujud pula menyalurkan darah kebahagian tersebut yg begitu dahagakan oksigen disebabkan aktiviti fokus tadi. Jadi jika diulang2 lama kelamaan bahagian otak depan kita ini akan lebih kuat, dan bila lebih kuat kita akan lebih fokus dan boleh berfikir dgn lebih sempurna.
Sebab itu ada yg menunaikan solat tetapi tetap melakukan kemungkaran, mereka ini selalunya adalah golongan yg tidak khusyuk, sama seperti pergi ke gymnasium dan hanya melihat sahaja "dumbell" tersebut kemudian tertanya2 "aku dah pergi gym tapi mengapa otot tak besar2 jugak". Manusia sebegini mengharapkan dosa2nya akan diampunkan dgn bersolat, tetapi ini hanya akan menjadi putaran "loop" yg berulang2, solat, mungkar, solat mungkar. Jadi bila bukan islam melihat muslim yg sembahyang tetapi berbuat dosa, jatuhlah maruah Islam itu sendiri. Tersenyum sinislah mereka ketika kita cuba menyebarkan syiar Islam.
Sebab itulah sembahyang yg diterima hanyalah sembahyang yg khusyuk kerana ia merawat frontal lobe dan Allah juga berfirman yg manusia amat hampir kepadaNya ketika sujud (Al-Alaq 96:19). Manusia akan tetap hidup seperti biasa walaupun prefrontal cortex yg lemah kerana manusia boleh hidup tanpa berfikir. Berjalan, berlari, memandu, menyiapkan kerja dipejabat ataupun apa sahaja perbuatan2 rutin kerana pada asasnya itu adalah melalui memori (fungsi bahagian otak yg lain). Memori samada dr pembelajaran, persekitaran dan pemerhatian. Yg bahaya sekali adalah pemerhatian melalui tv, ia adalah alat pemukau yg paling berkesan. Seorang artis memakai fesyen2 tertentu sudah cukup untuk mengubah peminat seluruh negara mengikut caranya, jika baik alhamdulilah, jika tidak? Lihat sahaja kesan buruknya. Mengapa? Kerana ramai yg membuat keputusan mengikut rasa dan bukannya mengikut akal dan fikiran sebenarnya.
Bagaimana mengambil keputusan mengikut rasa? Ramai manusia selalu menyebut "aku rasa tak sedap la", "rasa semacam je badan aku ni", "rasa sedih la...", "eeii, meluat rasanya baca tulisan mamat ni", semuanya ikut rasa dan bukan ikut fikiran. "Rasa" ini sebenarnya adalah adalah rembesan dr neurochemical or peptide" yg dirembeskan oleh otak bilamana manusia mengalami sesuatu dan ini memberi kesan kepada sel2 badan. Jadi bila ambil keputusan ikut rasa sebenarnya tak berfikir. Sebab itu manusia terus melakukan dosa kerana "rasa", contohnya bila rasa "sedap" bila selalu duit mudah melalui rasuah, amatlah sukar untuk diubah kerana selalu ber"fikir" ikut rasa, bukan ikut akal.
Solat adalah salah satu cara boleh mengalihkan diri kita dari mengambil keputusan mengikut rasa, keputusan yg berfikir. Keputusan yg lebih menyeluruh mengambil semua kebarangkalian termasuk kesan kepada masyarakat dan persekitaran. Solat untuk kebaikan manusia itu sendiri sebenarnya, sesuai untuk kehidupan manusia, baik dari zaman nabi hinggalah ke hari kiamat. Semakin manusia meninggalkan solat semakin itu dunia menuju kehancuran, tidak perlu kiamat, kehidupan bg sesetengah manusia sekarang sudah seperti di neraka tetapi tidak pernah terfikirkah mereka mengapa?
Solat itu kerana Allah tetapi bukan untuk Allah, untuk kebaikan manusia itu sendiri. Walaupun tiada seorang pun manusia yg menunaikan solat, Allah akan tetap agung, tidak berkurangan zat2 Allah itu. Patuhnya kita menunaikan solat itu tanda bersyukur dan berterimakasih kepadaNya lantaran menambahkan lebih lagi nikmat dr sumber yg tidak disangka-sangka. Tetapi nikmat sembahyang itu hanya boleh dirasai bg yg benar2 ikhlas & fokus/khusyuk didalam sembahyangnya.
Teramat benarlah apa yg dilaungkan oleh bilal ketika azan.. Haiya alal falah.. Marilah menuju kejayaan, iaitu kejayaan dunia dan akhirat.

Tuesday, March 10, 2009

Pengalaman rohani mengenali Rasulullah s.a.w
Ali Bukhari Amir Mon | Mar 09, 09 | 8:54:00 am MYT

Hari ini kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Kata orang, kisah baginda ini tak akan habis dan tak akan pernah tamat jika mahu diwacanakan keperibadiannya, kedudukannya sebagai kepala tentera, khalifah, pemimpin keluarga termasuk zaman sebelum baginda diangkat sebagai rasul.

Dan, oleh kerana kisahnya terlalu banyak dan panjang, maka tentunya kita menemui kesulitan untuk menulisnya. Jarak kita dengan baginda sudah 1,500 lebih kurang. Jadi, dari mana saya harus bermula?

Dari itu izinkan saya menulis mengikut gerak hati. Biarlah saya tulis mengenai apa-apa yang saya faham tentang baginda ini. (Cara saya memandang agama ada sedikit berbeza dengan pandangan umum. Oleh itu, pembaca diharapkan supaya dapat bersabar.)

Seperti yang termaklum, sebelum kelahiran baginda, berlaku serangan ke atas Kaabah oleh bala tentera Raja Abrahah. Menurut riwayat, seperti yang tercantum di dalam Surah al-Fiil, gajah-gajah bersama tentera Abrahah itu dihancurkan melalui burung-burung Ababil yang mencengkam batu bara dari neraka.

Sampai sekarang, burung-burung itu tidak lagi kelihatan. Kemudian ketika baginda mengalami proses Isra' Mikraj, diriwayatkan bahawa baginda menunggang Buraq sejenis haiwan dari syurga.

Segala keganjilan seperti ini akan berlaku lagi bagi mereka yang bernasib baik. Insan terpilih sahaja yang akan berdepan dengan semua ini untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan mereka.

Musa a.s dan Muhammad s.a.w ada persamaan Sekitar tahun 1970-an, berlaku satu debat antara pelajar-pelajar Melayu di Universiti Al-Azhar. Seorang ustaz memberitahu, kalau tidak salah ingatan saya, antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam debat itu ialah Yusof Noor dan Abdul Fatah Haroon.

Yusof menyatakan keraguannya berhubung pengalaman Israk Mikraj Nabi Muhammad. Lalu, Abdul Fatah menjawab persoalan itu dengan mengemukakan konsep 'Jism al-Latiff'. Sehingga sekarang, saya masih mengkaji, bertanya kepada orang-orang tertentu dan meluaskan bacaan berhubung 'Jism al-Latiff' ini.

Dan, berdasarkan apa yang saya faham berdasarkan debat itu, 'Jism al-Latiff' inilah yang banyak memainkan peranan dalam peristiwa Isra' Mikraj itu. Saya tidaklah berhasrat mahu melanjutkan dan meluaskan lagi tajuk bincangan ini.

Seperti yang disebut pada awal-awal tadi, ada beberapa pandangan peribadi mengenai agama yang termuat di dalam tulisan ini akan sedikit berbeza dengan pandangan umum.

Kita mengetahui bahawa Umar r.a adalah orang yang Tuhan pun bersetuju dengan beberapa pandangannya. Dalam beberapa kejadian, ada ayat-ayat al-Quran yang mengesahkan sekali gus menyokong pandangan Umar sebagai pandangan yang tepat.

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, ada riwayat menyebutkan bahawa Umar berkata, "Muhammad tidak mati. Dia cuma menemui Tuhannya." Lebih kurang begitulah apa yang saya faham.

Timbul persoalan.. adakah kenyataan itu sekadar luahan Umar yang enggan mengakui hakikat bahawa Nabi Muhammad s.a.w sudah wafat, atau adakah Umar memang bermaksud demikian? Iaitu, Nabi Muhammad s.a.w masih hidup? Tidak mengapa. Kita tinggalkan dahulu persoalan ini.

Sekarang, marilah kita berpindah babak pengkisahan Nabi Musa. Alkisahnya, setelah menjadi menantu kepada Nabi Syuaib, maka Nabi Musa membawa isterinya dari Madyan ke Mesir untuk kembali ke tanah kelahirannya. Dalam musafir pada malam hari, Musa a.s melihat cahaya api bersinar di atas Bukit Tursina.

Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Bukit Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri."

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. [al-Qashas: 29 - 30]

Di situ Nabi Musa diminta menanggalkan sepatunya kerana kawasan itu adalah daerah suci lagi diberkati. Di situlah, baginda diangkat sebagai rasul, diminta pergi berdakwah Fir'aun sekali gus meminta Fir'aun membebaskan Bani Israel daripada cengkaman perhambaan. Nabi Musa juga sempat membuat tuntutan agar Harun, saudaranya itu diangkat sebagai rasul untuk membantunya.

Di Bukit Thursina itu juga Allah s.w.t memberitahu bahawa baginda dibekalkan dengan mukjizat luarbiasa untuk merebahkan tembok keangkuhan Fir'aun. Dan yang paling penting di sini, di atas Bukit Thursina itulah Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan umatnya menunaikan solat.

Inilah barangkali titik persamaan antara Isra' Mikraj Nabi Muhammad dan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan Allah s.w.t di Bukit Thursina. Akhir matlamat pertemuan Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah s.w.t ialah perintah solat.

Manakala, dalam pertemuan Nabi Musa a.s dengan Allah s.w.t, perintah solat ditekankan juga di sini. Bezanya cuma tempat pertemuan. Nabi Musa bertemu Tuhan Bukit Thursina dan Nabi Muhammad bertemu Tuhan ke langit.

Sebab itu juga, mungkin, antara nabi-nabi, Nabi Musa inilah yang terpilih untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w mengenai pengurangan jumlah rakaat dan waktu solat.

Atas nasihat Musa, maka solat itu dikurangi daripada 50 waktu sehinggalah kepada 5 waktu walaupun sebelum itu baginda telah menjadi imam ketika mengepalai solat yang di belakangnya hadir sekalian arwah nabi-nabi dan rasul-rasul.

Diriwayatkan, ketika Nabi Muhammad s.a.w wafat, terlafaz doa pengharapan supaya baginda dipertemukan dengan saudaranya di langit. Kaum Kristian mendakwa bahawa sahabat baginda di langit itu adalah Nabi Isa (Jesus Christ) sebagai mengukuhkan dakwaan bahawa agama mereka itu benar.

Tapi, saya fikir, mungkin Nabi Musa a.s itulah orang yang dimaksudkan sebenarnya kerana memang pernah berlaku pertemuan antara kedua-dua rasul itu dalam Isra' Mikraj. Wallahu'alam..

Kembara rohani Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidhir a.s ada persamaan dengan Nabi Muhammad s.a.w dengan Jibril a.s. Kisah Musa a.s menerima didikan asuhan Khidhir dalam surah al-Kahfi misalnya memiliki persamaan dengan kembara rohani Rasulullah bersama Jibril ketika melihat segala bentuk dan jenis siksaan neraka.

Jibril menerangkan segala seksaan neraka kepada Rasulullah seperti mana Khidhir menerangkan perihal tingkahlakunya yang bersalahan dalam fikiran Musa.

Sekali peristiwa, ketika Rasulullah menderita ujian berat kerana berdepan dengan karenah umatnya. Baginda bersabda, lebih kurang mafhumnya, "Semoga Tuhan merahmati saudaraku Musa. Beliau lebih kuat diuji Tuhan di atas kedegilan umatnya, tapi dia bersabar."

Bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w Ketika itu usia saya belasan tahun. Sebagai termaklum, di sekolah agama, bercambah minat dan kecenderungan peribadi terhadap kisah-kisah kesufian, kewalian dan persoalan tarekat.

Diringkaskan cerita, pada suatu malam, hati saya digerakkan untuk berwuduk, bersolat sunat dan menyucikan diri dengan wuduk. Boleh jadi malam itu malam Jumaat juga. Nawaitu tetap tidak berganjak, semoga dapat bermimpi bertemu Rasulullah!

Tetapi, barangkali bukan rezeki saya. Ada suatu fikiran jahat yang masuk hinggap ke hati dan jiwa menjadi tidak tenang. Saya terjaga beberapa kali. Kejadian pada malam itu berlaku ketika saya dan adik lelaki sedang tidur di ruang tamu.

Saya cuba tidur mengikut cara sunnah, dalam keadaan berwuduk dengan harapan ada sesuatu yang istimewa akan berlaku. Impian saya hancur. Mimpi malam itu tiada kaitan langsung dengan Nabi Muhammad.

Barangkali, Tuhan mahu saya menjadi saksi.. Saya terbangun kerana fikiran kusut, lalu perlahan-lahan saya bangunkan tubuh lalu mengalihkan wajah ke arah adik. Subhanallah..!! Tidurnya tenang sekali.

Dan, sempurna betul tubuhnya mengadap ke arah kiblat dan tidurnya dalam keadaan sunnah. Saya mengamati, mencermati wajahnya lama-lama. Tenang.. memang tenang. Lalu, saya kembali meneruskan amalan 'tafakur' yang terbengkalai.

Esoknya, pecah cerita besar di rumah kami. Adik saya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya! Umurnya ketika itu, belum masuk sekolah menengah. Dan saya tak fikir dia akan menipu kami. Menurut ceritanya, pada mulanya dia bermimpi bahawa dia sedang berjalan-jalan ke suatu tempat bersama kami sekeluarga.

Dengan tiba-tiba asap putih tebal yang datang menyelubunginya lalu dia terpisah daripada ayah, ibu dan kami sekeluarga. Dia terpinga-pinga kehairanan melihatkan keadaan itu. Maka, ketika itulah Baginda Rasulullah s.a.w muncul secara tiba-tiba lalu datang menghampirinya.

"Assalamualaikum..Saya Nabi Muhammad," sabda Rasulullah s.a.w ketika memperkenal diri kepada adik saya. Kemudian baginda memimpin tangannya ke suatu tempat bercuaca panas. Adik saya berasa makin pelik melihat suasana itu. Hatinya digaru-garu beberapa bilah pertanyaan yang kian tercacak di hatinya.

"Kita kat mana ni?" tanya adik saya kepada baginda.

"Kita sekarang berada di Mesir," balas baginda. Kemudian, adik saya mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w sehingga tiba di sebuah tempat. Di situ ada sebuah istana besar yang mengkagumkan.

"Istana siapa ini?" adik bertanya lagi setelah dilihatnya bangunan istana yang besar itu.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Inilah istana Fir'aun.."

Nabi Muhammad s.a.w bakar istana Fir'aun "Kemudian, Nabi Muhammad bawa kayu-kayu sekeliling istana Fir'aun dan dia cucuh api sampai terbakar hangus semuanya," cerita adik saya kepada kami semua pada pagi Jumaat itu.

Selesai membakar istana Fir'aun, Rasulullah s.a.w memimpin tangan adik saya ke sebuah tempat lain. Kali ini mereka pergi ke dalam sebuah gua yang gelap. Tapi dengan tiba-tiba gua itu diterangi cahaya yang sangat terang. Gua itu dihuni oleh orang-orang yang berpakaian serba putih.

"Siapa mereka ini?" adik saya makin galak bertanya baginda.

"Mereka inilah orang-orang yang soleh, orang-orang yang baik-baik," sabda baginda menjelaskan kepada budak kecil yang menagih jawapan itu. Tidak saya ketahui dengan jelasnya; mereka ini penghuni syurga mana, umat Muhammad atau umat terdahulu sebelum baginda, dan lain-lain persoalan.

"Bersih sungguh muka depa," kata adik lelaki saya, "Bersinar betul muka depa.. kalau ada sehelai bulu kening depa yang masuk dalam gua yang gelap, mesti gua tu jadi terang benderang." Begitulah adik saya menjelaskan.

"Habis tu apa jadi?" tanya kami lagi, menagih sambungan ceritanya.

"Kami keluar gua. Jalan-jalan sikit, kemudian Nabi Muhammad kata, kita berpisah di sini dulu," demikian balas adik.

Selepas berbalas ucapan salam, asap putih mula tiba. Perlahan-lahan bayangan tubuh Rasulullah s.a.w menghilang dalam kepulan asap itu. Apabila asap itu hilang maka adik saya ternampak kelibat ayah, ibu dan kami sekeluarga yang tadinya menghilang di sebalik kepulan asap putih itu. Tamat cerita..

Kisah ini berlaku ketika saya di usia remaja. Itulah dua cerita yang saya masih ingat; cerita Nabi Muhammad membakar istana Fir'aun dan kisah orang-orang soleh di dalam gua yang putih berseri dan terang benderang wajah suci mereka. Daripada kisah ini saya membuat beberapa kesimpulan awal.

Kenapa Rasulullah s.a.w tidak hadir menyinggah dalam mimpi saya? Pertama, mungkin jiwa kusut. Kedua, mungkin Tuhan mahu saya menjadi saksi ke atas kisah itu ketika saya terlihat adik tidur mengadap kiblat dan tidurnya mengikut cara sunnah nabi.

Kesaksian saya (sebagai orang yang ada sedikit pengetahuan agama di dalam keluarga kami) mengesahkan kisah adik saya itu sebagai kisah yang benar.

Ketiga, adik saya masih muda. Bagaimana dia boleh menyebut Mesir sebagai tempat pemerintahan Fir'aun? Kalaulah saya (yang ada sedikit pengetahuan agama dan agak suka membaca), menyebutkan nama Mesir sebagai tempat letaknya istana Fir'aun, maka mungkin orang menuduh saya merekacipta kisah mimpi saya berjumpa nabi itu.

Keempat, mutakhir ini, sejak usia makin meningkat, barulah perlahan-lahan saya memahami bahawa kisah mimpi adik ketika saya berusia belasan tahun itu adalah suatu isyarat yang mengesahkan hubungan erat Nabi Muhammad s.a.w dengan saudaranya Nabi Musa a.s.

Ini kerana, digambarkan dalam mimpi itu bahawa, Nabi Muhammad s.a.w turut membakar istana Fir'aun sebagai lambang protes ke atas kekejaman raja yang maha zalim itu.

Mengingatkan semua ini, saya teringat lafaz wirid di dalam al-Ma'thurat, "Aku rela Allah sebagai Tuhanku, dan aku rela Islam sebagai agamaku, dan Muhammad itu sebagai nabi dan rasulku."

Perlahan-lahan.. saya mula mengerti akan makna hidup ini. Saya mula meredai Allah sebagai Tuhan saya, meredai Islam sebagai agama saya, dan tidak dilupakan juga, Nabi Muhammad itu nabi dan rasul ikutan dan contoh saya walaupun dalam kehidupan saya, jauh panggang dari api untuk menghidupkan sunnah nabi!

(Insya Allah akan ada lagi sambungannya.. memang panjang betul bahasan mengenai Rasulullah s.a.w ini; watak agung, sosok kental spiritual yang tahan diuji, cekal hatinya membawa perubahan. Dengan sebab bagindalah, orang Melayu memutuskan dalam Perlembagaan Persekutuan, bahawa Melayu itu Islam!)

7:00 a.m, 9 Mac Sekolah Pemikiran Kg Baru

Friday, March 6, 2009

Berpada-pada dengan Rezeki Allah

"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia. Mengapalah hidup saya tidak seberuntung dia. Mengapalah saya dilahirkan miskin begini...." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain.

Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujian-Nya kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang kita sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedangg menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang dikurniakan Allah. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu."

(Riwayat Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman Allah yang bermaksud, "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah al-Baqarah:216)

Mutiara kata Ibnu-Qayyum

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia juga ada kesedihan, kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Allah SWT serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sabar menemui-Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Allah dan bermohon kepadaNYa.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu....

Wednesday, February 25, 2009

InDahnYa KehiduPaN

Ada orang mengeluh, hidup tidak aman, banyak maling, banyak pencopet, banyak penodong. Cari pekerjaan susah karena harus nyuap, dagang juga susah karena banyak pungutan liar, berpolitik susah karena politik itu kotor, jadi orang jujur juga susah karena dimusuhi, jadi pejabat juga susah karena harus setor keatas, jadi orang kecil lebih susah lagi karena selalu terinjak-injak. Dunia kita benar-benar seperti neraka, keluhnya. Menurut hadis Nabi, dunia ini bisa menjadi taman yang indah seperti sorga (addunya bustanun), tetapi ada syaratnya, yaitu didukung oleh pilar-pilar yang kuat. Apa saja pilar surga dunia ? Pertama, dengan ilmunya ulama (bi`ilmi al `ulama), yakni jika tatanan dunia ini diatur dengan ilmu, ada konsepnya yang masuk akal. Tatanan pemerintah, tatanan ekonomi, tatanan budaya yang tidak berpijak pada ilmu niscaya akan menghasilkan kekacauan. Kedua ; dengan keadilan umara (bi`adli al ¡umara¢), maksudnya pemerintahnya berlaku adil, yakni menempatkan segala sesuatu pada tempatnya, yang benar ditempatkan sebagai kebenaran, yang salah ditempatkan sebagai kesalahan, yang milik negara ditempatkan di kas negara, yang hak rakyat diberikan kepada rakyat dan seterusnya. Menempatkan sesuatu tidak pada tempatnya, misalnya korupsi adalah perbuatan zalim, dan kezaliman akan mengubah yang indah menjadi penderitaan. Ketiga; dengan ibadahnya para hamba (bi`ibadati al`ubbad), yakni masyarakat merendahkan diri mengabdi kepada Tuhan, segala yang dikerjakan diniatkan secara ikhlas karena Allah. Jika orang melakukan sesuatu tidak dengan ikhlas akan menggiring mereka pada kemunafikan, dan kemunafikan akan membuat pergaulan menjadi tidak nyaman. Kempat; dengan kejujuran para pengusaha (bi amanat at tujjar); yakni pengusaha tidak memanipulasi kualitas, tidak membobol uang negara, tidak melakukan kolusi dengan pejabat, tidak memanfaatkan kebodohan konsumen. Jika pengusaha tidak jujur maka rasa aman (trust) pembeli akan hilang, dan jika trust tidak ada maka hidup atau transaksi menjadi tidak nyaman. Kelima; dengan . Kelima dengan kedisiplinan para pekerja (binasihati al muhtarifin). Jika para pekerja tidak disiplin maka pelayanan sosial akan menurun, produksi akan menurun, lembaga usaha tidak untung, kesejahteraan karyawan tidak bisa naik. Keenam, dengan kemurahan hati rang kaya (bisakhawati al ¡aghniya¢), yakni orang yang memperoleh rizki lebih banyak selalu ingat hak-hak orang miskin (zakat, infaq, sedekah) sehingga harta tidak menumpuk pada sekelompok kecil orang kaya. Ketujuh; dengan doanya orang faqier (bida`wati al fuqara¢) . Jika orang kaya bermurah hati kepada fakir miskin, maka mereka tidak mendendam kepada orang kaya, sebaliknya justeru mencintai, menghormati dan selalu mendoakan mereka. Jika pilar-pilar itu berdiri, pastilah hidup di dunia ini indahseperti di sorga, tidak ada konflik horizontal, hidup terasa indah meski berbeda-beda posisi dan rejeki.