Thursday, January 22, 2009

Pembela Islam

Ucapan pemimpin HAMAS kepada pejuang dan penduduk Ghozzah ( GAZA).
Assalaamu`alaikum warahmatullah

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati ALLAH

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH saya telah dapat menyelesaikan
terjemahan ucapan pemimpin Hamas, Ismail Haniyyah yang ditujukan
kepada penduduk Ghozzah ( Gaza ) dan juga kepada penggans
Zionis.Ucapannya sangat-sangat menyayat hati, ada ketika ucapannya
penuh dengan semangat. Bagi yang dapat memahami bahasa Arab sila cari
ucapannya di youtube, pasti anda akan dapat menghayati dengan penuh
semangat.Membaca terjemahan ucapan dalam bahasa melayu tidak sama
dengan mendengar dalam bahasa Arab. Itulah dia keistimewaan bahasa
Arab yang tidak ada dalam bahasa yang lain.

Begitu tinggi semangat juang yang ditunjukkan oleh para Mujahidin.
Mereka tidak rela
tanah air mereka dijajah oleh pengganas Yahudi.
Mereka akan tetap mempertahankan Bumi yang diberkati ini dengan darah
dan nyawa.

Diakhir ucapannya beliau telah berdoa. Kita boleh menmbaca doa ini dan
sama-sama kita berdoa agar ALLAH memberikan kemenangan kepada umat
Islam di Ghozzah (Gaza), Palestine dan diseluruh dunia.
Semalam pihak Zionis Yahudi menghentikan serangan dan mengisytiharkan
gencatan senjata sebelah pihak. Pada pandangan saya ini satu lagi
kurniaan ALLAH , pihak Yahudi tak mampu menghapuskan HAMAS kerana
Hamas berperang kerana ALLAH. Pada tahun 1967 Yahudi telah berperang
dengan Jordan, Syria dan Mesir. Yahudi telah menang dalam peperangan.
Dengan itu Baitul maqdis Timur yang didalamnya termasuk Al Masjidil
Aqsa telah dirampas sepenuhnya oleh Yahudi. Begitu juga Semenanjung
Gaza dan Tebing Barat. Mesir telah kehilangan semenanjung Sinai dan
Syria kehilangan Bukit Golan. Perlu diingat perang
ini hanya 6 hari
sahaja tetapi Yahudi telah menang.

Serangan Yahudi ke atas Ghozzah ( Gaza) selama 22 hari tetapi Yahudi
tak dapat kalahkan Hamas, ramai tenteranya mampus dan ramai yang
cedera parah tapi tak disiarkan. Yahudi memang tak mahu rakyatnya mati
kerana nyawa bangsa mereka sangat mahal sekali mengikut kepercayaan
agama mereka..

Kini , sudah ramai penduduk Ghozzah dan pejuang HAMAS yang syahid,
syurga menanti mereka. Kita pula bagaimana???
Marilah sama-sama kita menghayati ucapan pemimpin HAMAS kepada pejuang
dan penduduk Ghozzah ( GAZA).[LAGI SILA KLIK SINI]

Dari saudaramu Sesama Islam

http://almadanii.multiply.com
(QLD UIAM)

No comments: